Tuesday, September 20, 2016

RR Makan-Makan: Absolute Thai Hot Pot

Nama Absolute Thai tidak memerlukan pengenalan. Dengan rangkaian restoran meluas yang menghidangkan santapan makanan Thai yang menyelerakan, ramai yang kembali merasai keenakan juadah yang ditawarkan. Baru-baru ini, mereka mengorak langkah baru; membuka tirai Absolute Thai Hot Pot yang memberi pengunjung santapan stimbot ala Thai yang unik. Jom makan!

absolute-thai-hot-pot-5

Bertentangan dengan Restoran Basil di Bangsar Village I, Absolute Thai Hot Pot menyambut anda dengan reka bentuk pintu hadapan mesra dengan hiasan deko vintaj dan sebuah basikal merah. Selangkah ke dalam restoran ini, anda akan melihat kaunter juruwang di hadapan sebuah taman kecil dengan seekor kuda emas. Menarik sebagai latar bergambar, kan?

absolute-thai-hot-pot

absolute-thai-hot-pot-4

Ruang dalaman restoran ini cukup luas dan bersiling tinggi. Pengunjung pasti akan merasai kesenangan ketika berada di dalam restoran yang berpalet hitam, merah dan kayu ini. Rata-rata mejanya diperbuat daripada batu marmar hitam untuk memberi sentuhan elegan. Di siang hari, rentetan blinds menghiris pancaran cahaya yang menembusi jendela; memberi alunan bayangan menarik ke dalam restoran. Suasana yang mesra pula haruslah ditemani makanan yang panas-panas dan penuh rasa!

absolute-thai-hot-pot-2

absolute-thai-hot-pot-1

RRenovation diajak bersantap juadah dari menu terbaru kumpulan Absolute Thai. Untuk pembuka selera, kepak ayam goreng dan bebola ayam dengan telur kuning mengusik tunas rasa. Kemudiannya, himpunan makanan laut segar dan sayur-sayuran dihidangkan bersama periuk stimbot berisi sup tomyam. Konsep stimbot ini pastinya sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

Selanjutnya: RR Makan-Makan: Melur & Thyme

Sebagai pencuci mulut, jangan ketinggalan untuk mencuba aiskrim kelapa dengan mangga dan pulut!

absolute-thai-hot-pot-3

Perkhidmatan pelanggan yang mesra dengan pelayan restoran yang peramah dan harga yang amat berpatutan menjadikan Absolute Thai Hot Pot sebagai lokasi mesti-lawat bersama keluarga!

Selanjutnya: RR Resipi: Strawberrry Mascarpone Cheesecake Jar

http://ift.tt/2bzUjsA

The post RR Makan-Makan: Absolute Thai Hot Pot appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment