Tidur Bertopeng Emas
Obsesi terhadap trend rawatan anti-penuaan semakin meningkat. Orang mengharapkan hasil lebih dramatik daripada lawatan mereka ke Spa. Lalu Slimming Sanctuary membuka jalan dengan penjenamaan produk sendiri Royale Cleopatra Facial 24K Gold Mask, satu regim meremajakan kulit secara tradisi di pusat kecantikan mereka.
Beauspiration: Mengapa Cleopatra gemar tidur memakai topeng emas?
Sejak zaman purba, emas dipandang tinggi kerana nilainya, dikagumi kerana kecantikannya. Manfaat anti-penuaan menggunakan emas 24K boleh disusur kembali 5,000 tahun lalu pada zaman Cleopatra yang dikatakan tidur memakai topeng emas setiap malam untuk meningkatkan kelembutan dan kecantikan semula jadi kulitnya.
Begitu juga dengan kebanyakan wanita hari ini, rata-rata lebih suka cantik semula jadi berbanding cantik menjalani pembedahan plastik. Oleh itu Slimming Sanctuary melancarkan Royale Cleopatra Facial daripada Emas 24K. Menggunakan formula yang dipatenkan bersama Teknologi Nano, untuk memberi tumpuan mengeluarkan ion negatif daripada emas. Gabungan ion positif dalam tubuh serta bantuan ion negatif menjadi sebatian ionik berfungsi seperti magnet bagi mengeluarkan toksin tersembunyi di bawah kulit.
Penggunaan serum HA+ dalam rawatan pula membantu menegangkan dan melembapkan kulit sehingga 7 hari atau lebih. Rawatan penuh dicapai dengan teknik Swiss Lymphatic Drainage, yang boleh didapati secara eksklusif di Slimming Sanctuary, manakala air berlebihan dikeluarkan melalui urutan. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan terbukti perubahan kulit wajah lebih segar boleh dilihat dalam satu rawatan.
Manfaat Royale Cleopatra Facial 24K Gold Mask termasuk meremajakan kulit, pengurangan kedutan yang ketara, penghapusan toksin dan pencegahan daripada kerosakan akibat terdedah kepada cahaya matahari, pencegahan tompok penuaan, meningkatkan seri wajah, menganjalkan dan meningkatkan peredaran darah serta yang paling penting ia melambatkan susutan kolagen. Kos rawatan berharga RM488 (NP:RM698) untuk percubaan pertama.
Slimming Sanctuary
Mid Valley City
3-7, The Boulevard,
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
T: +603 2287 6161 / 1800 22 6161 (Toll Free)
W: http://ift.tt/2dbmhLc
The post RR Love: Slimming Sanctuary appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment