Panggang dan bakar adalah dua teknik memasak hidangan berasaskan ikan dan daging yang boleh mengekalkan khasiatnya supaya tidak hilang.
BAHAN
Ayam tanpa tulang 1 kg
Rosemary 5 g
Stok ayam 10 g
Serbuk lada hitam ¼ sudu teh
Paprika 1 sudu besar
Minyak cili 1 sudu teh
Garam Secukup rasa
Lada benggala hijau & merah Dipotong menjadi 2 inci
Lidi 3 batang atau lebih
CARA-CARA
- Bersihkan ayam dan potong menjadi kepingan kiub termasuk lada benggala.
- Campur semua bahan bersama dengan ayam dalam mangkuk besar yang termasuk lada hitam, paprika, stok ayam, sedikit garam, chili oil, rosemary, dan juga lada benggala.
- Perap selama kira-kira 15 minit. (Lebih lama lebih baik)
- Cucukkan ayam dan lada benggala berselang seli pada lidi. Anda boleh menggunakan 3 kiub ayam untuk satu lidi sate.
- Grill dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 180ÂșC.
- Hidang panas bersama sos mustard.
Chef Teddy atau nama sebenar Mohd Nordin Mohd Surani, 41 dikenali sebagai seorang master dalam penyediakan makanan BBQ di Malaysia. 10 tahun terlibat dalam industri kulinari di hotel lima bintang selain mengikuti latihan dalam dan luar negara, Chef Teddy menguasai teknik penyediaan makanan yang betul dan enak.
Sejak tahun 2009, Chef Teddy menyertai industri katering dengan menyediakan makanan BBQ kepada syarikat mahupun individu. Kemudian melalui idea Kitchen on Wheel, Chef Teddy dan pasukannya menyediakan hidangan panggang dan bakar di tempat yang diminta pelanggan. Bahan segar dimasak dengan penjagaan terbaik oleh krew terlatih membolehkan pelanggan menikmati hidangan bbq terbaik.
The post RR Resipi: Sate Ayam appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment